14 February, 2012

2) Generasi Pertama Keluarga Khalid



Puan Hajjah Hairani binti Muda



Tuan Haji Khalid Ibrahim berkahwin pada tahun 1956 dengan Puan Hajjah Hairani binti Muda bin Haji Abd. Rahman dan ibunya Puan Hajjah Long binti Embong. Dilahirkan di Kampung Teluk Pasu, Kuala Terenganu pada tahun 1938. Hajjah Hairani merupakan anak kedua dari 7 orang adik-beradik (Hajjah Hairani (Che Ngoh), Haji Abdul Rashid @ Rosdi (Ayoh De), Hajjah Khalidah (Teh), Hajjah Mariam @ Fatimah (Che Moh), Haji Mohamad (Ayoh Chik) dan Hajjah Asmahan (Che Ma). Abang beliau yang sulong (Hasbullah) meninggal dunia di usia kanak-kanak dan Hajjah Hairani menjadi anak yang tua kepada 5 lagi adik-adik beliau yang lain. Hajjah Hairani dipanggil 'Kak' oleh adik beradik dan adik adik-adik sepupu, 'Chek' oleh anak-anak, 'Tok' oleh cucu-cucu dan 'Che Ngoh' atau 'Ngoh' oleh anak-anak buah.


Memandangkan Hajjah Hairani mempunyai keluarga yang besar, beliau menjadi seorang pemimpin atau 'leader' yang cekap di dalam hal ehwal rumahtangga. Beliau seorang yang tegas dalam membuat sesuatu keputusan, tegas dalam bimbingan agama, sentiasa menekankan disiplin, amat penyayang, baik hati dan senang didampingi. Beliau merupakan seorang yang tidak putus-putus memberi nasihat-nasihat yang berguna bukan sahaja kepada anak-anak tapi juga pada anak-anak saudara, cucu-cucu dan anak-anak buah yang lain. Sememangnya Hajjah Hairani yang 'popular' ini adalah seorang yang dihormati, disanjungi dan amat dikasihi bukan sahaja dengan adik-beradik, anak-anak, cucu-cucu, anak-anak buah, saudara mara malah juga pada jiran dan kawan-kawan beliau yang lain.



Hajjah Hairani boleh dikategorikan sebagai 'Ibu Mithali' memandangkan beliau adalah merupakan seorang ibu yang berjaya dalam membesarkan 9 orang anak. Walau pun Hajjah Hairani cuma berpendidikan setakat darjah tiga namun beliau merupakan 'perpustakaan' tempat anak-anak serta anak-anak buah mendapatkan maklumat tentang banyak perkara terutama perkara-perkara berkaitan dengan agama, masakan dan sebagainya. Walau pun menjadi surirumah sepenuh masa dan mempunyai anak-anak yang ramai, beliau juga merupakan seorang Qariah dan pernah bertanding di dalam beberapa pertandingan Musabaqah Al-Quran. Beliau juga aktif dalam berzanji. Pengetahuan agama beliau sangat tinggi, hafal Quran dan beberapa kali menunaikan haji dan umrah di Mekah. Dengan kejayaan anak-anak, beliau juga berpeluang melawat banyak tempat-tempat di luar negara seperti Vietnam, Brunei, Perancis, England, Australia, Indonesia dan lain-lain.Hajjah Hairani begitu tegas dalam hal-hal ehwal agama dan amat menitik beratkan tali persaudaraan (UKHWAH) di antara ahli-ahli keluarga.


Hasil perkongsian hidup Hajjah Hairani bersama Haji Khalid, beliau dianugerahkan seramai 9 orang anak-anak;

1. Duriah
2. Mohd. Hasbi
3. Madihah
4. Muhammad Dimyati
5. Mohd. Zamruni
6. Mohd. Mawardi
7. Pakriah
8. Mohd. Dzarfan
9. Mohd. Izhan






                                                                               



                                                                               

                                                                               






2 comments: