
Anak ketujuh - Puan Hajjah Pakriah binti Haji Khalid

Anak ketujuh Keluarga Khalid dilahir pada 24/3/1971 di Kuala Terengganu dan diberi nama Pakhriah binti Haji Khalid. Merupakan anak perempuan yang terakhir dari 3 orang adik-beradik perempuan yang lain dan ketujuh dari 9 orang adik-beradik yang lain. Dipanggil sebagai 'Kak Chik' oleh Ki, Tok, Pak Saudara, Mak Saudara, Kakak-kakak, Abang-abang, adik-adik malah dikalangan sepupu-sepupu. Dikalangan anak-anak saudara, beliau lebih 'glamor' dipangggil dengan nama 'Chik' sahaja.
Mula bersekolah rendah di Sek. Keb. Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu dan menyambung sekolah menengah berasrama di Sek. Men. Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu sehingga tingkatan 5.

Seterusnya selepas sekolah menengah, Chik melanjutkan pelajaran beliau ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) - sekarang dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin - UNISZA, Kuala Terengganu dan memperolehi Diploma in Syariah.


Selepas menghabiskan diploma di Kusza, Chik telah ditawarkan bekerja di CIMB Bank (dulu dikenali sebagai Bank Bumiputra Berhad (BBMB), Kuala Terengganu. Di dalam perkhidmatan bersama CIMB, Chik juga berjaya menamatkan pelajarannya di Institut Teknologi Mara, Dungun, Terengganu (sekarang Uitm) secara sambilan dan berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Diploma in Public Administration. Sehingga kini Chik masih bersama dengan CIMB Bank sebagai Pengurus di salah sebuah cawangan CIMB, Kuala Terengganu.
Chik berkahwin dengan seorang Usahawan Katering, Tuan Haji Mohd. Nazri bin Haji Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai 'Ayah Chik' di dalam Keluarga Khalid.

Pasangan Chik dan Ayah Chik dikurniakan 3 orang anak iaitu:
1. Mohd. Haiqal
2. Fateema Najwa
3. Ahmad Khaleef






No comments:
Post a Comment