28 February, 2012

10) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid


Anak kelapan - Tuan Haji Mohd. Dzarfan bin Haji Khalid PJK



Dilahirkan di Kuala Berang, Hulu Terengganu 28/3/1973 ketika Tuan Haji Khalid atau 'Ki' berada di Australia pada tahun tersebut. Dipanggil dengan nama 'glamor' iaitu 'Zorpa' oleh ibubapa, kakak-kakak, abang-abang dan saudara sepupu. Namun sekarang ini Haji Mohd. Dzarfan lebih dikenali sebagai 'Anjang' oleh anak-anak-saudara.



Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tengku Bariah, Kuala Terengganu sehingga tahun 6. Ketika di tahun 5, Anjang mendapat kelulusan cemerlang iaitu 5A's dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (sekarang UPSR). Kecemerlangan Anjang dalam Peperiksaan Penilaian membolehkankan beliau mendapat tawaran untuk bersekolah menengah di asrama penuh iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Terengganu sehingga habis SPM. Seperti adik-beradik yang lain, Anjang juga terlibat dengan program-program kesenian, kebudayaan dan pementasan pentas ketika bersekolah dan pada masa yang sama Anjang juga aktif dalam sukan dan pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan badminton.



Seterusnya Anjang ditawarkan untuk mengambil kursus Diploma in Accountancy di Institut Teknologi Mara (Uitm), Dungun, Terengganu sejurus selepas SPM. Selepas tamat diploma, Anjang memulakan karier perbankannya yang pertama di BBMB Discount House Berhad sebagai 'Money Market Dealer'. Beliau merupakan pemegang Professional 'Dealer License' yang dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia. Anjang juga merupakan pemegang Unit Trust Manager License dari FMUTM. Selepas BBMB Discount House Berhad bertukar namanya kepada CIMB Merchant Bank Berhad, Anjang seterusnya mengorak langkah dengan menyertai Affin Merchant Bank Berhad dan beberapa syarikat kewangan yang lain selepas itu dengan memegang pelbagai jawatan seperti Vice President, Sr. Vice President dan kini menjadi Head of Treasury di SME Bank Berhad, Kuala Lumpur.



Ketika bekerja di BBMB Discount House Berhad sempat menghabiskan pelajarannya secara sambilan dengan mengambil Advanced Diploma in Business Management dari Swansea Institute of Higher Learning, Wales (Swansea Institute of Higher Learning yang ditubuhkan pada tahun 1893 itu kini dikenali sebagai Swansea Metropolitan University, Wales). Anjang kemudian meneruskan pengajiannya sehingga berjaya memperolehi MSc in Corporate Administration dari Glasgow Caledonian University, Scotland.



Pada ketika ini, Anjang yang pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan UMNO Kg. Bharu Utara, Kuala Lumpur juga menjadi EXCO Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan menyandang jawatan sebagai Bendahari Pemuda Bahagian Titiwangsa.






Anjang berkahwin dengan Puan Hajjah Siti Suriah binti Abu Bakar yang dikenali sebagai 'Mak Anjang' dan pasangan ini dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata perempuan:

1. Siti Nur Idiena Masya
2. Siti Nur Jazmin Belliza












                                                                               



No comments:

Post a Comment