08 February, 2012

1) Generasi Pertama Keluarga Khalid



Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Ibrahim PJK, AMN



Nama Keluarga Khalid (KK) diambil sempena nama Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Ibrahim bin Long yang dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun 1933. Tuan Haji Khalid adalah merupakan anak yang kelima daripada enam orang adik-beradik (1. Che Gumik 2. Che Wok 3. Che Senanis 4. Che Dara - kakak-kakak beliau). Adik lelaki beliau yang bongsu (Alias) meninggal ketika kanak-kanak. Tuan Haji Khalid telah pulang ke Rahmatullah pada 1 Julai 2002 (AL-FATIHAH).



Tuan Haji Khalid adalah merupakan keturunan yang keenam Dato' Shahbandar I, Dato' Shahbandar II dan Dato' Shahbandar III Terengganu melaui bapanya Ibrahim bin Long dan ibu beliau Che' Dayang binti Mohamad (cucu-cucu Tuan Haji Khalid adalah keturunan Dato' Syahbandar 1 yang ke lapan). Tuan Haji Khalid Ibrahim berkahwin dengan Puan Hajjah Hairani binti Muda (dilahirkan pada tahun 1938) yang juga saudara duapupu beliau pada tahun 1956 dan di kurniakan 9 orang anak (6 lelaki dan 3 perempuan). 

Tuan Haji Khalid (juga lebih dikenali sebagai 'Cikgu Khalid' atau 'Ayoh Sor' atau 'Ayoh Ngoh' atau 'Ki' (panggilan yang dipanggil oleh anak-anak buah serta cucu-cucu)semasa hayatnya, adalah merupakan bekas seorang pendidik.


Tuan Haji Khalid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian perguruan di Sultan Idris Teaching College (SITC), Tanjung Malim (kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris - UPSI ), Language Institute , Johor Bharu dan di Canberra, Australia. 


Bermula sebagai guru sekolah rendah dan guru besar, beliau menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Penyelia Sekolah2 Kuala Terengganu Selatan, di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Ki berpengalaman menjadi guru dan guru besar di sekolah-sekolah seperti Sek. Keb. Sultan Sulaiman, Sek. Ibrahim Fikri, Sek. Keb. Kampong Bukit, Sek. Grammar dan sebagainya. Sepanjang tempuh perkhidmatan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, beliau pernah ditugaskan di beberapa buah daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kuala Terengganu.


Ketika di dalam perkidmatan dengan kerajaan, Tuan Haji Khalid telah dianugerahkan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) dari DYMM Sultan Terengganu dan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari DYMM Yang DiPertuan Agong Malaysia. Semasa hidup beliau, Tuan Haji Khalid Ibrahim amat menekankan kepentingan Agama Islam, pelajaran dan ikatan kekeluargaan sehingga ke akhir hayatnya.

Allahyarham Tuan Haji Khalid bersara sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu pada tahun 1988 ketika berumur 55 tahun.

Tuan Haji Khalid amat disenangi oleh ramai orang disebabkan perwatakannya yang jujur, amanah, warak,
berpengetahuan tinggi (hobi beliau adalah membaca), berdisiplin, merendah diri dan lemah lembut didalam tutur bahasanya.



Tulisan-tulisan tentang Keluarga Khalid - KK yang ditulis di Blog ini bukanlah dengan niat hendak menunjuk-nunjuk, memalukan sesiapa atau sebagainya tetapi ditulis semata-mata sebagai alat perhubungan diantara satu sama lain yang mempunyai talian persaudaraan dengan Keluarga besar KK ini. Ianya juga adalah untuk tatapan generasi beliau iaitu anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu-cucu menantu, cicit-cicit yang semakin berkembang.

Blog ini juga ini juga memberi peluang kepada yang tidak berkesempatan mengenali Tuan Haji Khalid semasa hayatnya. Atas dasar kesedaran ini, ahli keluarga beliau (anak-anak, menantu, cucu-cucu)merasakan perlu ada satu alat perhubungan diantara ahli-ahli Keluarga Khalid - KK. Diharap dengan adanya Blog ini, ahli-ahli keluarga dapat merapatkan lagi silaturahim diantara satu sama lain disamping mengenali lebih dekat ahli-ahli Keluarga Khalid - KK.

Kita berharap Blog ini juga boleh menarik ramai lagi ahli-ahli keluarga bukan sahaja dari ahli keluarga Tuan Haji Khalid Ibrahim, tetapi juga yang mempunyai pertalian atau keturunan Dato' Syahbandar Terengganu dan ahli-ahli keluarga disebelah Bonda Puan Hajjah Harani binti Muda pada masa-masa yang akan datang.

Jika terdapat kesalahan-kesalahan fakta diharap ahli-ahli KK boleh menghubungi Penulis Blog ini untuk pembetulan. Pihak Penulis Blog juga memohon ampun dan maaf jika terdapat artikel-artikel, gambar atau video-video yang dikeluarkan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana Blog ini ditulis bukan untuk menjatuhakn maruah sesiapa cuma hanyalah satu alat perhubungan dikalangan ahli keluarga Khalid.

Wassalam!!!



   


                                     



                                                                             




2 comments: