18 February, 2012

4) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid



Anak Kedua - Tuan Haji Mohd. Hasbi bin Haji Khalid



Tuan Haji Mohd. Hasbi bin Haji Khalid yang dipanggil 'Bi' oleh Ki, Tok, mak saudara, pak saudara atau `Abang' oleh adik-adik atau lebih 'glamor' sebagai `Ayoh Ngoh' dilahirkan pada 11/9/1959 di Kuala Terengganu. Beliau adalah anak yang kedua selepas Datin Hajjah Duriah di dalam Keluarga Khalid dan menjadi anak lelaki yang paling tua kepada 7 orang adik-adiknya yang lain (sembilan beradik).

Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan bersekolah menengah di Sek. Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu hingga ke tingkatan 3. Ayoh Ngoh adalah satu-satunya anak Haji Khalid yang melompat kelas (express class) ketika di tahun 1 dan 2 sekolah rendah. Selepas lulus dalam peperiksaan LCE (sekarang PMR), Ayoh Ngoh meneruskan pelajaran tingkatan 4 di Sek. Men. Teknik, Kuantan sehingga lulus MCE (sekarang SPM).



Ayoh Ngoh adalah lulusan Masters of Business Administration (MBA)-(General Management) dari Cardiff University, Wales. Sebelum itu beliau belajar di Institut Teknologi Mara {sekarang Uitm) dengan mengambil kursus Diploma in Electrical (Electronical) Engineering.










Dari tahun 1979 Ayoh Ngoh bekerja di IBM World Trade Corporation bermula di Jalan Barat, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Taman Tun Dr Ismail dan sekarang di Bandar Utama. Ayoh Ngoh memulakan kerjayanya sebagai Customer Engineer dan menjadi Technical Manager pada umur 26 tahun.



Ayoh Ngoh bertemu jodoh dengan Puan Hajjah Noor Hayati binti Haji Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai 'Che Ngoh' di dalam Keluarga Khalid. Che Ngoh merupakan jiran Keluarga Khalid ketika Tuan Haji Khalid atau 'Ki' berkhidmat di Kuala Berang Hulu Terengganu sebagai Penolong Pengelola Sekolah-Sekolah Hulu Terengganu.

Ayoh Ngoh dan Che Ngoh di kurniakan tiga orang anak lelaki:

1. Ahmad Nabil
2. Ahmad Hasif
3. Ahmad Zahin

Ayoh Ngoh banyak mewarisi sifat-sifat Tuan Haji Khalid - 'Ki', berpelajaran tinggi, kuat agama, jujur, amanah, merendah diri, menghormati orang, penyabar, penyayang, kuat kerja, komited dan senang didampingi sehingga menjadi 'mentor' kepada adik-adiknya yang lain. Beliau adalah seorang yang dikasihi, disayangi, dihormati oleh semua seluruh Keluarga Khalid dan saudara-saudara sepupu-sepupu yang lain.

Di dalam banyak perkara Ayoh Ngohlah yang selalu menjadi ketua kepada Keluarga Khalid setelah pemergian arwah Tuan Haji Khalid pada tahun 2002. Atas keperibadian beliau dan penghormatan sebagai abang yang tua dalam keluarga, seluruh ahli Keluarga Khalid telah melantik Ayoh Ngoh sebagai Pengerusi Se Umur Hidup Keluarga Khalid.




                                                                               














No comments:

Post a Comment