24 February, 2012

8) Generasi ke 2 Keluarga Khalid


Anak Keenam - Mohd. Mawardi bin Haji Khalid


Mohd. Mawardi bin Haji Khalid merupakan anak keenam pasangan Tuan Haji Khalid bin Ibrahim dan Puan Hajjah airani binti Muda. Beliau dilahirkan setahun selepas anak yang kelima pada 7/9/1969. Dipanggil 'Ma' oleh Ki, Tok, Pak Saudara, Mak Saudara, abang-abang, kakak-kakak dan saudara-saudara yang lain (sepupu atau 2 pupu). Lebih dikenali sebagai 'Chor' untuk panggilan 'Ayoh Besor atau Ayoh Sor'. Chor juga merupakan anak yang paling besar serta tinggi (6' 2") dibandingkan dengan sembilan beradik yang lain.


Bermula sekolah rendah di Sek. Ren. Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu kemudian ke Sek. Keb. Pusat Bukit Besar hingga tahun 6. Bersekolah menengah di Sek. Men. Tengku Bariah, Kuala Terengganu sehingga tingkatan 5.



Chor seperti adik-beradik yang lain menyertai banyak program kebudayaan dan kesenian semasa bersekolah namun beliau sebenar lebih aktif didalam bidang sukan terutama sukan olahraga. Dengan ketinggian yang ada pada diri beliau, sememangnya Chor merupakan seorang atlit didalam acara lompat tinggi peringkat sekolah, daerah dan negeri. Chor pernah memecahkan rekod lompat tinggi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) dalam 2 kategori umur iaitu bawah 15 tahun dan 18 tahun. Namun begitu, Chor juga merupakan atlit olahraga yang serba boleh (versatile) dalam olahraga kerana beliau bukan sahaja berbakat di dalam acara lompat tinggi malah juga acara-acara pecut seperti 110 dan 400 meter berpagar, 400 meter, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter dan beberapa acara lain. Chor juga pernah menjadi Olahragawan Sekolah, Daerah, Negeri di dalam bidang olahraga.



Dikalangan adik-beradik yang lain, Chor merupakan anak yang kedua mendapat tawaran bekerja dengan bank selepas keputusan SPM kerana kecemerlangan di dalam sukan. Setelah beberapa tahun mewakili pasukan Bank Simpanan Nasional (BSN), Chor yang dalam perjalanan pulang dari latihan telah terbabit dengan kemalangan motor yang ditunggangnya. Kecederaan yang dialami Chor begitu teruk sekali sehingga memaksa beliau bersara awal dalam bidang olahraga (gambar atas selepas kecederaan).



Semasa di dalam perkhidmatan bersama BSN selepas tragedi kemalangan motor, Chor pada masa yang sama telah mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia secara sambilan atau 'part-time' dan berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dalam bidang Komunikasi atau Bachelor of Business Administration (BBA - Communication).



Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda, Chor yang telah berhenti dari BSN bekerja dengan beberapa syarikat yang lain seperti Media Prima dan sebagainya. Sekarang ini Chor bertugas sebagai Business Development Manager di syarikat komunikasi Sri Comm System di Kuala Lumpur.


Chor berkahwin dengan seorang pendidik Cikgu Halawiah bt. Mohamad dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (2 lelaki dan 1 perempuan) iaitu:



1. Mohd. Zharif Asyraf
2. Mohd. Zhafran Asyraf
3. Zalikha Syazana


     

         









No comments:

Post a Comment