22 February, 2012

7) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid


Anak Kelima - Mohd. Zamruni bin Haji Khalid



Mohd. Zamruni bin Haji Khalid merupakan anak yang kelima daripada sembilan adik-beradik. Dilahirkan pada 20/3/1968 di Kuala Terengganu. Dipanggil 'Zam' oleh Ki, Tok, abang-abang, kakak-kakak dan saudara-saudara yang lain. Lebih 'glamor' di panggil 'Alang' dikalangan anak-anak saudara. Alang merupakan pak saudara yang 'popular' dikalangan anak-anak buahnya



Alang mempunyai perwatakan yang pendiam semasa kecil tetapi cerdik kerana suka membaca. Alang merupakan salah seorang anak yang mengikut jejak ayahnya iaitu Ki yang mempunyai hobi yang sama iaitu suka membaca (anak lain pun suka membaca juga tapi minat membaca Alang lebih dari yang lain). Ketika di rumah, selain buku-buku pelajaran atau ilmiah, masa Alang sentiasa dipenuhi dengan membaca. Segala buku-buku, majalah-majalah dan ensaiklopedia-ensaiklopedia yang ada dalam simpanan Ki habis dibacanya.



Amat menggemari buku-buku mengenai hal ehwal luar negara dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Geografi dan Sejarah ketika bersekolah. Melalui hobi membaca tersebut, ianya telah menimbulkan minat pada Alang untuk mengenali dan melawat negara-negara luar dan dari situ jugalah Alang mula menanam cita-cita untuk berkidmat di luar negara pada suatu hari nanti. Alang digemari oleh anak-anak saudaranya kerana beliau seorang yang berpengetahuan tinggi, mudah didekati, baik hati, kelakar, baik budi pekerti, 'stylo', 'sporting', 'understanding', 'caring', kuat semangat, bertanggungjawab, komited serta tegas apabila membuat sesuatu keputusan. Ketika diajukan pertanyaan apakah cita-cita Alang? 'Cita-cita Alang nak menjadi DUTA'.



Alang memulakan persekolahan sekolah rendahnya di Sek. Rendah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1975, di Sek. Keb. Sultan Omar, Dungun, Terengganu tahun 1977-1978 dan Sek. Keb. Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu pada tahun 1978 sehingga tahun 1980. Bersekolah menengah di Sek. Men. Tengku Bariah, Kuala Terengganu sebelum meneruskan pelajaran di tingkatan 4 hingga 5 di Sekolah Menengah Sains, Dungun, Terengganu pada tahun 1984 selepas mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SRP (PMR).



Semasa zaman persekolahan, Alang tidak berapa aktif dalam sukan tapi aktif dengan pertandingan-pertandingan yang menguji kekuatan minda dan pengetahuan dengan melibatkan diri dalam Kuiz dan sebagainya. Alang juga pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan pementasan ketika di bangku sekolah (dengan membiasakan diri bertanding, berceramah, berpuisi, bersajak, bernyanyi, berlakun di atas pentas, ianya boleh menghilangkan rasa takut atau 'fobia' bila berhadapan dengan orang ramai pada masa-masa akan datang).



Seterusnya selepas mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM, Alang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan menyertai Purdue University, Indiana, USA pada tahun 1986 dengan mengambil kursus BSc (Hon) in Accountancy. Alang menghabiskan masa selama 4 tahun di Purdue University dan kembali ke Malaysia selepas belajar dengan bekerja di Arthur Anderson, Kuala Lumpur. Alang mendapat tawaran kerja di Arthur Anderson ketika beliau masih berada di Purdue. Namun perkhidmatan dengan Arthur Anderson tidak bertahan lama kerana setahun selepas itu Alang menceburi perkhidmatan kerajaan dengan mengikuti kursus Diploma in Pentadbiran untuk Pegawai
Tadbir Diplomatik (PTD) di Institut Tadbiran Negara (INTAN) bagi merealisasikan cita-cita beliau untuk menjadi Duta.



Selepas tamat kursus dan latihan PTD di INTAN, Alang ditugaskan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai Penolong Pengarah sebelum menjadi Setiausaha II di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra. Disitulah juga bermulanya era karier Alang di Kementerian Luar Negeri untuk memenuhi cita-citanya menjadi seorang Duta. Beliau ditugaskan pertama kali di Vietnam dan bekerja di sana selama 3 tahun sebelum kembali semula ke Wisma Putra, Putrajaya. Alang kemudiannya menjadi Setiausaha I di Kedutaan Luar Negeri Malaysia di Paris, Perancis selama 3 tahun dan ketika di Paris, Alang sempat menghabiskan Ijazah Sarjananya iaitu Masters of Political Sceince daripada Institut d'Études Politiques de Paris, Perancis dengan pembelajaran dalam bahasa Perancis.




Alang adalah seorang yang kuat bekerja atau 'workaholic'(istilah Bahasa Inggeris) dan kerana itu beliau dinaikkan lagi pangkat seterusnya daripada Setiausaha I kedutaan menjadi Konsul Besar atau Consul General Malaysia di Consulate General of Malaysia, New York.


Setelah 3 tahun di New York, kini Alang kembali di Putrajaya dan mempunyai masa lebih kurang 2 tahun lagi untuk 'posting' yang seterusnya. Kami seluruh Keluarga Khalid mendoakan Alang mendapat menjadi Duta penuh untuk tugasan yang seterusnya dan pada masa yang sama merealisasikan cita-cita beliau semenjak kanak-kanak. 'Amin'.


Ketika berkhidmat di New York, Alang yang 'good-looking' ini telah menamatkan zaman bujangnya setelah berkahwin dengan Arfah Nadiah binti Haji Ahmad yang dipanggil 'Mak Alang' oleh anak-anak saudara. Mak Alang merupakan graduan dari Universiti Utara Malaysia dan menjadi pendidik di salah sebuah sekolah di Puchong, Selangor ketika ini.

Alang menerima Watikah Perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Vietnam pada 28 Disember 2015. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Alang.

















No comments:

Post a Comment