29 February, 2012

11) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid



Anak Kesembilan - Mohd. Izhan Bin Haji Khalid



Dilahirkan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 29/1/1976. Mohd. Izhan dipanggil 'Izi' oleh Ki, Tok, Kakak-kakak, Abang-abang dan saudara-saudara yang lain. Memandangkan beliau adalah anak yang bongsu, beliau lebih dikenali sebagai 'Chu' oleh anak-anak saudara. 'Chu' (anak bongsu) mempunyai perbezaan umur 19 tahun dengan 'Che Long' (anak sulung) dalam Keluarga Khalid.



Bersekolah rendah di Sek. Rendah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Sek. Men. Tengku Bariah dan Sek. Men. Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.




Selepas habis tingkatan 5, 'Chu' mengikuti kursus Diploma in Electrical Engineering di E.D.I. (Enterpreneurs Development Institute, Kuala Lumpur). E.D.I kemudian bergabung dengan Cosmopoint University College dan sekarang ia dikenali sebagai Kuala Lumpur Metropolitan University College.


Chu memulakan kerjayanya di MBf Card Services Berhad selepas tamat pembelajaran di E.D.I. Beliau kemudian menukar bidang kerja dengan menyertai Industri Otomotif di bahagian jualan dan pernah menjadi Pengurus Jualan dibeberapa buah syarikat pengedaran kereta seperti Perodua dan sebagainya. Sekarang ini Chu bertugas di Lux Mode (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Chu juga adalah pemegang Life Insurance Agent License - MII dan menjadikan Insuran sebagai 'part-time' job.








Chu berkahwin dengan Mak Chu - Puan Siti Juliana binti Ahmadi dan pada tanggal 27/3/2012 mendapat cahaya mata yang pertama (seorang 'baby-girl') yang diberi nama Dhia Qaireen Amani binti Mohd Izhan . Dhia Qaireen Amani merupakan cucu Haji Khalid dan Hajjah Hairani yang ke 25 dan menjadi ahli Keluaga Khalid yang ke 44.





                                                                               

                                                                               










No comments:

Post a Comment