21 February, 2012

5) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid


Anak Ketiga - Dr. Hajjah Madihah binti Haji Khalid


Dilahirkan pada 16/1/1961 di Kuala Terengganu. Beliau dipanggil 'Ah' oleh Ki, Tok, Pak Saudara. Mak Saudara , Kakak, Abang dan dipanggil 'Kak' oleh adik-adik. Dr. Hajjah Madihah juga lebih dikenali dengan panggilan 'glamournya' - 'Teh' oleh anak-anak saudara.


Teh adalah diantara anak-anak Ki dan Tok yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh dikategorikan sebagai 'brilliant student". Beliau memulakan persekolahan di Sek. Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan Sek. Rendah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Teh, Ayoh Ngoh dan Che Long merupakan anak-anak yang belajar di sekolah aliran Inggeris.

Memulakan persekolahan sekolah menengah pada tahun 1974 sehingga tahun 1978 di Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, Kelantan setelah berjaya didalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Beliau merupakan anak pertama dari Keluarga Khalid yang memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika zaman persekolahan, Teh banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti sukan bolajaring dan aktiviti-aktiviti kesenian. Melalui kesenian. beliau terlibat didalam mendeklamasi sajak, mendeklamasi syair dan puisi, menjadi penyanyi utama nasyid, ketua kumpulan angklong, mengaji dan berQasidah dan sebagainya.




Teh mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan LCE (PMR) dan MCE (SPM). Beliau adalah anak Keluarga Khalid yang pertama belajar di luar negara di University of Adelaide, Australia dengan mengambil kursus Bachelor of Arts (Mathematic). Selepas menghabiskan Ijazah Sarjana Muda pertama atau Bachelor Degree, beliau kembali ke Malaysia sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Makaysia - UTM, Kuala Lumpur.



Selepas bertugas seketika di UTM, Teh melanjutkan Pelajaran ke University of Pittsburgh, USA dan menjadi anak Keluarga Khalid yang pertama memperolehi Ijazah Sarjana atau Master Degree dalam Masters of Arts (Mathematic). Ketika menyambung pelajaran di University of Pittsburgh, USA, Teh telah bertemu jodoh dengan Tuan Haji Mat Husin bin Yassin atau 'Ayah Teh' yang juga merupakan seorang pelajar di universiti yang sama. Pada ketika itu Ayah Teh sedang mengikuti pengajian dalam Masters of Business Administration (MBA).



Teh dan Ayah Teh berpindah ke Brunei Darussalam sekembalinya mereka dari USA pada tahun 1992. Teh menjadi anak Keluarga Khalid yang pertama memperolehi Ijazah Doktor Falsafah atau Philosophy Doctorate - Phd. in Mathematics dari Curtin University of Technology, Perth, Australia.





Kini Teh yang  pernah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Brunei Darussalam sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 2013 setelah Ayah Teh bersara dari perkhidmatan sebagai Director of Human Resources dari Hyatt Brunei Darussalam. Kini Teh berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. 




Teh dan Ayah Teh di kurniakan 3 orang iaitu 2 anak lelaki dan 1 orang perempuan.

1. Abdul Hakim
2. Abdul Hafiz
3. Farah

















No comments:

Post a Comment