21 February, 2012

6) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid



Anak Keempat - Muhammad Dimyati bin Haji Khalid


 Muhammad Dimyati dilahirkan pada 3/3/1964 di Kuala Terengganu. Dikenali sebagai 'Ding' oleh Ki, Tok, Abang, Kakak-kakak dan saudara mara yang lain. Namun kini, beliau lebih dikenali sebagai 'De' oleh semua Keluarga Khalid. Dilahirkan dengan sifat yang agak 'nano' (bahasa Terengganu) atau nakal atau 'hyper-active' (bahasa inggeris) dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Sifat 'hyper' kanak-kanak adalah satu sifat yang ada di dalam diri kanak-kanak tersebut seperti sifat ingin tahu, ingin cuba, berani, 'daring', tak takut risiko, tak mahu mengaku kalah - 'hate to lose', agresif, kreatif, peramah, banyak bergaul, banyak kawan, baik hati dan 'out-going person'. 

De mula bersekolah di Sek. Rendah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu dari tahun 1971 hingga 1976 (tahun 1 hingga tahun 6). Kemudian belajar di tingkatan 1 di Sek. Men. Sultan Omar, Dungun, Terengganu ketika arwah Ki ditugaskan menjadi Pengelola Sekolah-Sekolah Daerah Dungun, Terengganu pada tahun 1977. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1978, Ki ditugaskan kembali ke daerah Kuala Terengganu dan De menyambung tingkatan 2 hingga tingkatan 5 di Sek. Men. Tengku Bariah, Kuala Terengganu.


Bermula di bangku sekolah rendah lagi, De sudah terlibat dengan sukan dan mewakili sekolah, daerah dan negeri sejak berusia 10 tahun iaitu di tahun 4 sekolah rendah. De banyak terlibat dalam bolasepak, hoki, olahraga dan tennis (gara-gara 'hyper' semua nak main). De pernah dianugerahkan Olahragawan Terbaik Sekolah, Daerah dan Negeri dalam bidang sukan olahraga, bolasepak dan hoki. Nama De tercatat didalam 'Hall of Fame' di Dewan Sek. Men. Tengku Bariah dan menjadi pelajar pertama menerima Anugerah Ahli Sukan Terbaik (School Best Athletes) sebanyak 2 kali beturut-turut (1980 & 1981). 


De tidak meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti selepas SPM kerana ditawarkan bekerja sebagai Kerani di Southern Bank Berhad. (sekarang CIMB), Kuala Terengganu pada tahun 1983 ketika berusia 19 tahun (masa tu sijil SPM masih laku untuk dapat pekerjaan tapi sekarang perlukan sekurang-kurangnya diploma). De mendapat tawaran pekerjaan di bank pada waktu itu kerana mempunyai latar belakang sukan yang cemerlang di peringkat sekolah, daerah dan negeri dan berkebetulan pula ketika itu semua bank-bank di Malaysia sedang mencari bakat-bakat sukan untuk menganggotai kelab sukan bank dan berkhidmat dengan mereka.

Setelah berkhidmat di Kuala Terengganu selama 6 tahun, De berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1988 dan selepas itu pada tahun 1992, De mula menceburi bidang pembangunan hartanah (housing developer) dengan menyertai MBf Property Berhad sebagai Sales Advisor. De adalah kumpulan pertama yang membuat 'property sales' di negara ini ketika itu melalui 'Sales Department' yang baru ditubuhkan. Dan sejak daripada tarikh itu, De telah menjadi Pengurus Jualan dengan beberapa pemaju perumahan yang bertaraf 'Top 10' di Malaysia seperti MBf Property Berhad, MK Land Berhad, Sunway City Berhad, Glomac Berhad dan sekarang bersama 'No.1 Property Developer in Malaysia' - Sime Darby Property Berhad sebagai Vice President - Marketing & Sales.


Keluarga Khalid terutama Ki adalah keluarga yang sangat menekankan kepentingan agama dan pelajaran dan ia adalah pendorong yang kuat bagi De untuk terus belajar kerana arwah Haji Khalid atau Ki sendiri masih lagi mengambil peperiksaan 'syariah' dan mendapat keputusan 'cemerlang' walaupun sudah berusia 68 tahun ketika itu. (Ki meninggal pada usia 69 tahun).


Ketika berkhidmat di MBf Property Berhad, De sempat menghabiskan Certificate in Marketing - The Chartered Institute of Marketing (CIM-UK) di Stamford College, Kuala Lumpur. 


Mendapat Professional Diploma in Sales & Marketing - PDSM dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur (UMCced) ketika berkhidmat di MK Land Berhad.




De menamatkan Master of Business Administration (MBA-Marketingdari University of Ballarat, Victoria, Australia - City University of Science & Technology, Petaling Jaya. Sekarang University of Ballarat di kenali sebagai Federation University of Australia. Walau pun kelulusan akademik De tidak begitu cemerlang dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, De banyak mengikuti kursus-kursus keusahawanan, pemasaran dan pengurusan menerusi agensi-agensi kerajaan dan juga swasta. De juga menduduki beberapa peperiksaan 'professional' dan merupakan pemegang Unit Trust Manager License - FMUTM , Life Insurance Agent License - MII, Certified Customer Service Manager (CSSM),   Certified Sales Coach - REHDA - Real Estate, Housing & Developer's Association.

De bertemu jodoh dengan Zaimatul Laili binti Mohamad Salleh atau 'Kak Lily' atau lebih dikenali sebagai'Che De' pada tahun 1992.

Pasangan De dan Che De dikurniakan 5 orang anak 3 perempuan dan 2 lelaki. 2 anak lelaki De merupakan pasangan kembar yang pertama dalam Keluarga Khalid iaitu Muhammad Arsyad & Muhammad Asyraf yang lahir berselang 5 minit.

                                          1. Arina Syairah
                                          2. Afiqah Syazana
                                          3. Muhammad Arsyad
                                          4. Muhammad Asyraf
                                          5. Adlyn Qistina
                                                                                                                             
                                                                       

          


    

 



                                                                           
                                                                                   

                                                                             

No comments:

Post a Comment