18 February, 2012

4) Generasi Ke 2 Keluarga Khalid



Anak Kedua - Tuan Haji Mohd. Hasbi bin Haji Khalid



Tuan Haji Mohd. Hasbi bin Haji Khalid yang dipanggil 'Bi' oleh Ki, Tok, mak saudara, pak saudara atau `Abang' oleh adik-adik atau lebih 'glamor' sebagai `Ayoh Ngoh' dilahirkan pada 11/9/1959 di Kuala Terengganu. Beliau adalah anak yang kedua selepas Datin Hajjah Duriah di dalam Keluarga Khalid dan menjadi anak lelaki yang paling tua kepada 7 orang adik-adiknya yang lain (sembilan beradik).

Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan bersekolah menengah di Sek. Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu hingga ke tingkatan 3. Ayoh Ngoh adalah satu-satunya anak Haji Khalid yang melompat kelas (express class) ketika di tahun 1 dan 2 sekolah rendah. Selepas lulus dalam peperiksaan LCE (sekarang PMR), Ayoh Ngoh meneruskan pelajaran tingkatan 4 di Sek. Men. Teknik, Kuantan sehingga lulus MCE (sekarang SPM).



Ayoh Ngoh adalah lulusan Masters of Business Administration (MBA)-(General Management) dari Cardiff University, Wales. Sebelum itu beliau belajar di Institut Teknologi Mara {sekarang Uitm) dengan mengambil kursus Diploma in Electrical (Electronical) Engineering.










Dari tahun 1979 Ayoh Ngoh bekerja di IBM World Trade Corporation bermula di Jalan Barat, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Taman Tun Dr Ismail dan sekarang di Bandar Utama. Ayoh Ngoh memulakan kerjayanya sebagai Customer Engineer dan menjadi Technical Manager pada umur 26 tahun.



Ayoh Ngoh bertemu jodoh dengan Puan Hajjah Noor Hayati binti Haji Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai 'Che Ngoh' di dalam Keluarga Khalid. Che Ngoh merupakan jiran Keluarga Khalid ketika Tuan Haji Khalid atau 'Ki' berkhidmat di Kuala Berang Hulu Terengganu sebagai Penolong Pengelola Sekolah-Sekolah Hulu Terengganu.

Ayoh Ngoh dan Che Ngoh di kurniakan tiga orang anak lelaki:

1. Ahmad Nabil
2. Ahmad Hasif
3. Ahmad Zahin

Ayoh Ngoh banyak mewarisi sifat-sifat Tuan Haji Khalid - 'Ki', berpelajaran tinggi, kuat agama, jujur, amanah, merendah diri, menghormati orang, penyabar, penyayang, kuat kerja, komited dan senang didampingi sehingga menjadi 'mentor' kepada adik-adiknya yang lain. Beliau adalah seorang yang dikasihi, disayangi, dihormati oleh semua seluruh Keluarga Khalid dan saudara-saudara sepupu-sepupu yang lain.

Di dalam banyak perkara Ayoh Ngohlah yang selalu menjadi ketua kepada Keluarga Khalid setelah pemergian arwah Tuan Haji Khalid pada tahun 2002. Atas keperibadian beliau dan penghormatan sebagai abang yang tua dalam keluarga, seluruh ahli Keluarga Khalid telah melantik Ayoh Ngoh sebagai Pengerusi Se Umur Hidup Keluarga Khalid.




                                                                               














15 February, 2012

3) Generasi ke 2 Keluarga Khalid



Anak Pertama - Datin Hajjah Duriah binti Haji Khalid



Datin Hajjah Duriah binti Haji Khalid (lebih dikenali sebagai 'Che Long' di dalam Keluarga Khalid) adalah merupakan anak dan puteri sulung kepada Haji Khalid dan Hajjah Hairani. Beliau dipanggil 'Yah' oleh Ki, Tok dan pak saudara mak saudara yang lain dan dikenali juga sebagai 'Kak Yah' dikalangan adik-beradik atau 'Che Long' dikalangan anak-anak saudara, atau panggilan manja 'Du' dikalangan kawan-kawannya.


Dilahirkan pada 18/11/1957 iaitu pada tahun kemerdekaan Malaysia di Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu sehingga ke tingkatan 5. 'Che Long' menyambung pelajaran hingga ke tingkatan 6 (HSC/STPM) di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Pada zaman persekolahan di sekolah menengah, beliau pernah berbasikal yang berjenama 'Dragon' sejauh lebih kurang 30 kilometer sehari berkayuh selama lima tahun. Pada zaman persekolahan 'Che Long' merupakan seorang yang aktif dalam sukan seperti hoki dan bolajaring diperingkat sekolah.


Selepas mendapat keputusan di dalam peperiksaan HSC (STPM), beliau telah menyambung tradisi bapanya Tuan Haji Khalid untuk menjadi Pendidik atau guru dengan menyambung pelajaran beliau di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM), Durian Daun, Melaka (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu Melaka - IPGPM).


Pada tahun 1980, 'Che Long' berkahwin dengan Dato' Haji Shariffuddin bin Haji Ahmad (DIMP) yang lebih dikenali sebagai 'Ayah Long' dalam keluarga Khalid. 'Che Long' dan 'Ayah Long' menetap di Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan 'Che Long' sekarang telah bersara dari perkhidmat beliau sebagai guru..



Che Long dan Ayah Long dianugerahkan 5 cahaya mata iaitu:


1. Ahmad Sallehin
2. Syuhada
3. Sabihah
4. Ahmad Syahmie
5. Ahmad Sulaimi


Pasangan 'Che Long' (Datin Hajjah Duriah) dan 'Ayah Long' (Dato' Haji Shariffuddin) juga mempunyai 2 orang menantu lelaki dan 2 menantu perempuan melalui perkahwinan 4 orang anak mereka:

Syuhada dan Mohd. Fadil bin Sallehuddin


Keluarga KK juga mengalu-alukan cucu menantu yang kedua melalui perkahwinan anak 'Che Long' dan 'Ayah Long' yang sulung iaitu Ahmad Sallehin & Niza.



Cucu menantu yang ketiga KELUARGA KK adalah melalui perkahwinan Sabihah dan Joshua.


Cucu menantu yang keempat KELUARGA KK melalui perkahwinan
 Ahmad Syahmie dan Izzatul Solehah bt. Baharudin













14 February, 2012

2) Generasi Pertama Keluarga Khalid



Puan Hajjah Hairani binti Muda



Tuan Haji Khalid Ibrahim berkahwin pada tahun 1956 dengan Puan Hajjah Hairani binti Muda bin Haji Abd. Rahman dan ibunya Puan Hajjah Long binti Embong. Dilahirkan di Kampung Teluk Pasu, Kuala Terenganu pada tahun 1938. Hajjah Hairani merupakan anak kedua dari 7 orang adik-beradik (Hajjah Hairani (Che Ngoh), Haji Abdul Rashid @ Rosdi (Ayoh De), Hajjah Khalidah (Teh), Hajjah Mariam @ Fatimah (Che Moh), Haji Mohamad (Ayoh Chik) dan Hajjah Asmahan (Che Ma). Abang beliau yang sulong (Hasbullah) meninggal dunia di usia kanak-kanak dan Hajjah Hairani menjadi anak yang tua kepada 5 lagi adik-adik beliau yang lain. Hajjah Hairani dipanggil 'Kak' oleh adik beradik dan adik adik-adik sepupu, 'Chek' oleh anak-anak, 'Tok' oleh cucu-cucu dan 'Che Ngoh' atau 'Ngoh' oleh anak-anak buah.


Memandangkan Hajjah Hairani mempunyai keluarga yang besar, beliau menjadi seorang pemimpin atau 'leader' yang cekap di dalam hal ehwal rumahtangga. Beliau seorang yang tegas dalam membuat sesuatu keputusan, tegas dalam bimbingan agama, sentiasa menekankan disiplin, amat penyayang, baik hati dan senang didampingi. Beliau merupakan seorang yang tidak putus-putus memberi nasihat-nasihat yang berguna bukan sahaja kepada anak-anak tapi juga pada anak-anak saudara, cucu-cucu dan anak-anak buah yang lain. Sememangnya Hajjah Hairani yang 'popular' ini adalah seorang yang dihormati, disanjungi dan amat dikasihi bukan sahaja dengan adik-beradik, anak-anak, cucu-cucu, anak-anak buah, saudara mara malah juga pada jiran dan kawan-kawan beliau yang lain.



Hajjah Hairani boleh dikategorikan sebagai 'Ibu Mithali' memandangkan beliau adalah merupakan seorang ibu yang berjaya dalam membesarkan 9 orang anak. Walau pun Hajjah Hairani cuma berpendidikan setakat darjah tiga namun beliau merupakan 'perpustakaan' tempat anak-anak serta anak-anak buah mendapatkan maklumat tentang banyak perkara terutama perkara-perkara berkaitan dengan agama, masakan dan sebagainya. Walau pun menjadi surirumah sepenuh masa dan mempunyai anak-anak yang ramai, beliau juga merupakan seorang Qariah dan pernah bertanding di dalam beberapa pertandingan Musabaqah Al-Quran. Beliau juga aktif dalam berzanji. Pengetahuan agama beliau sangat tinggi, hafal Quran dan beberapa kali menunaikan haji dan umrah di Mekah. Dengan kejayaan anak-anak, beliau juga berpeluang melawat banyak tempat-tempat di luar negara seperti Vietnam, Brunei, Perancis, England, Australia, Indonesia dan lain-lain.Hajjah Hairani begitu tegas dalam hal-hal ehwal agama dan amat menitik beratkan tali persaudaraan (UKHWAH) di antara ahli-ahli keluarga.


Hasil perkongsian hidup Hajjah Hairani bersama Haji Khalid, beliau dianugerahkan seramai 9 orang anak-anak;

1. Duriah
2. Mohd. Hasbi
3. Madihah
4. Muhammad Dimyati
5. Mohd. Zamruni
6. Mohd. Mawardi
7. Pakriah
8. Mohd. Dzarfan
9. Mohd. Izhan